Pages

Wednesday, March 24, 2010

Lokasi Perkhidmatan yang disediakan

Syarikat Wings Borneo Sdn Bhd telah menyediakan beberapa kemudahan untuk orang ramai sampai ke destinasi masing-masing. Syarikat utama kami berada di Kota Kinabalu Sabah di mana semua kemudahan berpusat di situ. Syarikat kami telah menyediakan dua jenis pengangkutan iaitu pengangkutan darat dan pengangkutan air. Dalam pengangkutan air, syarikat kami menyediakan kemudahan kapal ekspress yang menghubungkan beberapa destinasi tertentu manakala dalam pengangkutan darat syarikat kami juga menyediakan kemudahan bas yang menghubungkan di dalam kawasan Sabah dan juga luar kawasan Sabah iaitu Sarawak.

Pengangkutan Air

Syarikat kami telah menyediakan kemudahan pengangkutan air iaitu kapal ekspress yang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan, negeri Sabah dan negeri Sarawak. Antara-antara destinasi yang terlibat ialah :

· Labuan ke Kota Kinabalu (Sabah)

· Labuan ke Lawas (Sarawak)

· Labuan ke Limbang (Sarawak)

Perjalanan dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 3 jam. Manakala ke Lawas pula selama 1 jam 30 minit dan ke Limbang selama 2 jam.

Pengangkutan Darat

Seperti yang telah sedia maklum, pihak kami juga menyediakan kemudahan bas ekspress yang melibatkan kawasan sekitar Sabah dan juga kawasan Sarawak. Antara-antara lokasi yang terlibat ialah:

i. Kawasan sekitar sabah

· Kota Kinabalu ke Sandakan

· Kota Kinabalu ke Tawau

· Kota Kinabalu ke Beaufort

· Kota Kinabalu ke Ranau

· Kota Kinabalu ke Menggatal


i. Kawasan di Sarawak

· Kota Kinabalu ke Lawas

· Kota Kinabalu ke Limbang

· Kota Kinabalu ke Miri

· Kota Kinabalu ke Kuching

0 comments: